










Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zuhailizainal/
YM: zulhailizainal











Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zuhailizainal/
YM: zulhailizainal








Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zuhailizainal/
YM: zulhailizainal







Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhailizainal
Salam 1 Malaysia…
“Malang Tidak Berbau”… Begitulah peribahasa melayu yang selalu digunakan. Kalau Tragedi 31 ogos 2009 adalah Tragedi Keretapi Tanah Melayu (KTM) tergelincir di Batu Anam, Segamat yang menyebabkan 17org cedera. Dan ini pula Tragedi kemalangan yang brlaku di Segamat pada 1st September 2009. Ianya melibatkan kereta kawan saya yg terbalik pada jam 6.30pm. Syukur alhamdulillah kerana kawan saya berada dalam keadaan baik dan hanya cedera ringan sahaja…

Photo By : aziziliow

Photo By : aziziliow
Pada jam 8.00pm pula pada tarikh yg sama, 1 lagi kemalangan yang melibatkan 2 buah kereta berlaku di segamat, yang menyebabkan 1 nyawa yang terkorban. Ianya berlaku disebabkan pertembungan antara 2 buah kereta yg agak laju lalu dari arah bertentangan..

Photo By : aziziliow

Photo By : aziziliow

Photo By : aziziliow
Pada mlm yang sama, jam 11.00pm, berlaku lagi 1 kemalangan yang berlaku di Buloh Kasap, Segamat. Ianya melibatkan buah kereta (iswara & wira) yang tidak sempat memotong sebuah lori lalu bertembung antara satu sama lain dan menyebabkan kemalangan.. Tiada nyawa yg terkorban dan hanya pemandu wira sahaja yg mengalami kecederaan yang agak teruk.. 3 kejadian kemalangan yg berlaku di Segamat dalam masa sehari…
Disini saya ingin menasihatkan agar anda semua lebih berhati2 ketika memandu di jalanraya… AWAS dan patuhi undang2 jalanraya dan jangan memandu terlalu laju terutama untuk yang mahu pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri yang mulia ini… “Malang Tidak Berbau” dan saya lebih suka berkata “Mencegah Lebih Baik Dari Merawat”..
Pandu dengan cermat… Ingatlah orang yang tersayang…
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhailizainal

SALAM 1 MALAYSIA …
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar
dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa
rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap
saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB
Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang
diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata
paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi
dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan
tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa,
tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara
Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat,
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap
bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.
Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan
rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti,
kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integiti.
Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.
Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.
Dato’ Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.
Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.
Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.
Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.
Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato’ Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.
Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.
Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.
Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Saya berbangga dengan semangat 1 Malaysia impian Dato’ Sri Najib yang dapat memupuk semangat bersatu padu antara rakyat Malaysia. “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Salam 1 Malaysia untuk semua..












Thanks to DayaH, Jijie, Walid & Jamal kerana sama2 lepak dan menjayakan click2 ni… =)
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhailizainal




Gambar ni di ambil semasa saya di johor bahru.. Masa tu kawan saya si boi dan ekin yang ajak saya gi amik gambar Baizura nie.. Now baru saya ada masa nk upload pic nie.. Sorry to boi, ekin & baizura sebab lambat upload gambar kamu.. Kat sini de beberaoe pic yg sempat saya upload…
Pape pun, korang memang best…
Nice too meet you…




Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhailizainal
Sejak kecil saya meminati lagu kanak-kanak yang saya pelajari dari sekolah, teman-teman dan daripada bahan-bahan bacaan. Ini termasuklah lagu kanak-kanak tradisi orang Melayu kita, mahu pun “nursery rhymes” dan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Lagu kanak-kanak yang paling saya gemari (mungkin hingga masa kini) ialah lagu “Bangau Oh Bangau”.
Masih ingatkah irama dan lirik lagu ini? Jika ada yang terlupa, saya perturunkan sebahagian daripada lirik lagu tersebut seperti berikut:-
Bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.
Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.
Kerbau, oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.
Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah.
Jika kita amat-amati lirik lagu di atas, keseluruhan lagu tersebut membawa mesej yang menggambarkan sikap dan mentaliti orang-orang Melayu kita yang mungkin menarik perhatian untuk dibahaskan. Di kalangan masyarakat Melayu kita, terdapat sikap sering menuduh orang lain sebagai punca kepada sesuatu kesalahan yang kita lakukan atau sesuatu kejadian yang tidak menyenangkan berlaku kepada diri kita. Tabiat suka menuding jari ke muka orang lain apabila melakukan kesalahan atau tertimpa kejadian yang tidak diingini adalah merupakan jalan keluar yang kononnya paling mudah bagi kita untuk melepaskan diri daripada menerima tanggung jawab terhadap perbuatan kita atau kesalahan yang kita lakukan. Budaya ini lebih dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai “blame culture” atau “budaya menyalahkan orang lain”.
Sikap negatif ini perlu kita hindarkan jika kita mahu memperbaiki dan mempertingkatkan kemajuan diri kita. Kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada membuat analisis diri atau “self analysis” daripada terus memfokuskan perhatian kita kepada kesalahan orang lain. Setelah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri kita sendiri, maka setentunya kita dapat membuat tindakan untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan kita supaya kita akan lebih maju dan berjaya di masa akan datang. Kan ini lebih bermanfaat daripada terus mengaibkan karakter dan personaliti orang lain. Janganlah kita terus khayal dibuaikan dengan dendangan budaya “Bangau Oh Bangau” itu tadi…………..






Thanks to Yati & Ziera sebab sudi menonjolkan bakat terpendam anda.. Pandai gak korang pose malam2 mcm nie.. Thanks jugak kat boy & Ali sebab join sekali lepak ngan kitorang… =)
Pendek cite, korang memang best… Nice to meet you… =)
Thanks to all uitm student kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk merkamkan gambar2 anda semua.. Saya tertarik dengan adegan2 dan gaya2 kamu semua pada sessi penggambaran… =)
Nest time insyallah kita akan rakamkan kamu semua di lokasi yang lain…








Kat sini ada sikit gambar yang sempat saya upload untuk semua… =)
Thanks to all… Jijie, Ajim, Walid, Eija, Chacha, Emma, & Nina…















Selamat Pengantin baru man & zai… Semoga bahagia hingga ke anak cucu… Thanks kerana melayan kami dengan baik sepanjang kami berada disana… Seronok & happy masa majlis hari tu… Terima kasih juga kepada Najib yang dah lama x jumpa, akhirnya jumpa jugak kita… Friends Forever Najib…


Sepetang bersama Saleha di taman batu, segamat… Ditemani rakan – rakan fotographer dan juga kawan – kawan saleha… Ini adalah sebahagian aktiviti untuk mengisi masa lapang semasa boring… Disini, ada beberapa gambar yang beta perkenan untuk di upload…





Special thanks for saleha & rakan…

Salam Takziah kepada kawan kami Leha diatas pemergian bapanya ke rahmahtullah pada jam 1.20 petang, hari Khamis 9.4.2009. Semoga roh ayahndanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Pada 22,23 & 24hb Mei, saya telah diberi peluang untuk mengambil gambar untuk Family Day Bina Mekar Sdn Bhd di Selesa Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan… Memang seronok pada masa tu kerana saya dapat banyak menimba pengalaman baru… Disini, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya En. Ahsan Sabri Pang kerana memberi saya peluang dan kepercayaan kepada saya untuk melakukan semua ini… Terima kasih juga kepada partner saya GG yang memberi tanggungjawab kepada saya dan untuk jalankan tanggungjawab ini sebagai photographer & juga business partner saya.. Disini, ada beberapa gambar yg saya upload untuk tatapan semua…






















Thanks again for En. Ahsan Sabri Pang sebab sudi invite saya sebagai jurugambar untuk event hari keluarga Bina Mekar thanks juga kat semua staff yang melayan kerenah saya dengan baik sepanjang saya berada disana… Tanpa anda, siapalah saya…
http://www.flickr.com/photos/zulhaili/







Thanks to Cik Leha kerana sudi menjemput saya dan aizat untuk meraikan majlis yg agak meriah ni… Walaupun hanya ala kadar, tetapi meriah juga suasana pada malam tersebut… Kenangan manis ini x akan saya lupakan sebagai seorang kawan dan juga sebagai photographer untuk majlis ini… Pape pun, leha memang best dihati….ibunya…
hehe…









:: Jutaan terima kasih diucapkan kepada SYAZLINNA kerana sudi menjadi model untuk rakan-rakan jurugambar saya untuk meningkatkan lagi skill dan mutu penggambaran mereka.. Tak lupa juga penghargaan kepada kawan-kawan saya iaitu Jijie a.k.a Duke, Gg a.k.a Boss, Huda a.k.a Beskalpancit, Boi, Amirul a.k.a Lurima dan juga Mizan a.k.a Ajim kerana sudi menjayakan program Click-click nie… Sekurang2nya, korang leh menambah dan mendalamkan lagi ilmu sebagai seorang jurugambar… Di sini, saya menyokong sepenuhnya kepada kawan-kawan semua dan mendoakan agar kawan-kawan semua menjadi jurugambar professional dan dikenali semua diserata dunia… Insyaallah…
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com / www.lensamelayu.net
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhaili_3g

Photo by Lurima Photograper
Zul dan kawan-kawan disini ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Syazlinna yang ke-21 Tahun. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki. Semoga bahagia dalam perjalanan hidup ini dan dapat mengecapi apa yang diimpikan selama ini. Umur dan pun dah bertambah besar, so lynn kenalah buat yang terbaik dalam hidup. Ubahlah apa yang patut diubah.. Pape pun, lynn tetap best & enjoy.
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com / www.lensamelayu.net
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhaili_3g









Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya:
Name: Z u h a i l i Z a i n a l
Mobile: 0137007176
Email: admin@zuhailizainal.com
Web: www.zuhailizainal.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/zulhaili/
YM: zulhaili_3g
Pada 23hb Julai 2009, saya dijemput hadir ke majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Menteri Besar Johor di Grand Paragon Hotel Johor Bahru bersama semua ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ). Tahniah juga kepada Boss saya iaitu En. Ahsan Sabri Pang Bin Abdullah kerana telah mendapat pengiktirafan ISO 9001 dan saya berbangga kerana kejayaan itu. Tak lupa juga ucapan Terima Kasih kepada En. Yazid Bin Khalid kerana menjemput saya hadir ke majlis ini dan En. Irwanasri B. Hj. Khairudin kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan detik2 manis ini.






Disini ada sedikit gambar yang saya sempat saya upload untuk tatapan semua ahli DPMMJ dan semua pengunjung website saya ini… Diharap anda berpuashati terhadap hasil kerja saya yang tak seberapa ini… =) Assallamualaikum…